Lama dah tak mengupdate blog ni. Sebenarnya 3 minggu yang lalu selepas menonton TROTF saya ingin mengulas mengenainya, tetapi cik abang masih belum menonton, jadi saya harus tangguhkan sebentar.
Khamis - Ahad
Cik abang datang melawat saya!! Seronok! Lama tak jumpa.. Khamis malam Jumaat tu kami pergi menonton TROTF, 2nd time untuk saya, 1st time untuk cik abang. Dia sangat excited! Saya masih mengagumi TROTF walaupun ini kali kedua saya tonton! I will review TROTF later.
Kemudian pulang ke rumah masing-masing.
Pada pagi Jumaat kami ke Tanjung Malim, saya perlu berjumpa dengan client for execution. Nak sain menyain ni kejap je, tapi jalan-jalan cari makan di Tanjung Malim yang lama..Haha. Kami berkunjung ke tempat wajib singgah kami iaitu kedai pau Yik Mun. Sangat terkenal dengan kelembutan, kelazatan dan keharuman pau nya! Punya la borong beli pau. Skali skala dapatla katakan.
Then kami pulang ke KL. Kami singgah ke Corus Hotel kera terdapat fragrance and cosmetics warehouse sale. Cik abang beli perfume, dan saya beli eye shadow (yang saya pon kurang pasti bila akan pakai!), selepas itu kami bergegas ke Red Box Sogo. Masa untuk menyumbangkan lagu. Lepas gian kami untuk melalak bagai orang gila. Nasib baik tak banjir kilat di KL..haha!
Kemudian kami pulang ke rumah untuk berehat. Selepas maghrib kami keluar untuk menonton Ice Age 3. Kami pilih Ice Age 3 3D, baru la seronok. Tapi kadang-kala cemas juga kerana dino tu kelihatan hampir dihadapan muka saya. Satu pengalaman yang amat menyeronokkan. But, its quite pricey! RM5 per person for 'renting" the 3D glasses.
Lepas tu kami ke Murni SS2. Cik abang makan Mi Raja, saya makan Spegatti Seafood. Sangat kenyang! P/S: It was like eating for 2 person! Banyak bangat deh! Kalau dah kenyang apa lagi, tido la..
Hari Sabtu pula kami pulang ke rumah saya di Kajang, parents saya rindu pada orang jauh ni. We had lunch there. lepas borak-borak dan lepak-lepak, kami ke Ikea. Borong barang macam2 (adus..kopak poketku!). Penuh cik ikan! Kemudian kami ke Bob, kedai char kueytiaw paling sedap! (ish..meleleh air liur bila pikir char kueytiaw tu..). Kami lepak-lepak malam tu, sebab pagi Ahad cik abang da nak balik..
TROTF
Beberapa website saya kunjungi untuk membaca review mereka mengenai filem ini. They sucks! This is the greatest movie. May be some of them tak pernah tonton Transformers masa kecil, tu yang merepek meraban.
1. Kurang lakonan/story antara Sam and Mikaela.
Damn! If you want to watch love story, please watch other movie. Da nama pon Transformers, cerita mesti la mostly pasal those machine-robots-thigy!
2. Too much of CGI.
Agak-agak diorang la, kalau cerita tu manusia pakai costume Transformers, macam mana diorang nak transform? Macam mana nak tunjuk details tu? Are u idiot?
3. Optimus prime mati.
Duhh! Ni mesti suku sakat yang tak pernah tengok Transformers zaman kecik-kecik dulu. Tapi tau-tau nak komen je kerjanya. Dalam kartun pon ade tunjuk Optimus mati, just bila dia hidup balik, dia da jadi lain la.
4. Too much of robots sampai tak tahu yang mana Autobots, yang mana Decepticons.
Kalau dilihat dari kartun pon, memang geng Decepticons lebih ramai dari Autobots. Hmm..susah nak explain pada diorang ni.
Bla..Bla..Bla.. WTH! Whatever yang diorang cakap, for me TROTF is movie of the year. It is greater, bigger and more action than TTM.
Anuar Zain's Concert
Pada mulanya saya rasa berat hati untuk pergi menonton konsert beliau, but a little push from him made me go.. Saya sangat enjoy persembahan beliau. Saya menjerit bagai nak rak at his enterence!!! Kalau anda mendengar CD beliau, pada konsert itu persembahan beliau lebih hebat dari itu. Anuar berjaya membuat kami gembira, menari, menyanyi bersama beliau. Anuar juga berjaya membuat kami sedih pada akhir persembahan, ketika lagu Perpisahan.. Sedih siot! He's the man! I love him. Pada press yang komen persembahan Anuar kurang komunikasi dengan penonton - GTH! Kami ingin mendengar suara beliau yang lunak merdu, bukan lawak2 bodoh. Lagipun Anuar berjaya membuat kami tertawa dengan kata-katanya!
Hmm..saya dah lupa apa lagi yang ingin saya tulis. Mungkin saya sambung pada hari yang lain. Tata!